Coretan DiRi

My photo
kelantan, Malaysia
seorang insan biasa yang serba kekurangan..

Friday, May 8, 2009

Tuesday, April 21, 2009

Selamat Pagi Cikgu

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih sayang secara am.
Perbualan di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang
paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ker? Ermmm....baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya
suruh. Ikut jer yer..mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah....apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan
kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun
sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan
kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang barada
di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh....Td saya berjalan-jalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang
berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak
yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang
lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap
tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang
yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada
itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. dan
semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan
orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan itu.
Dan ingatlah, orang yang kita sayang merupakan yang paling cantik serta mampu
bertakhta di sanubari kita walaupun nak diikutkan, banyak lagi yang cantik dan
baik seperti rumpat tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tidak boleh
diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.... Oleh itu, sayangilah
orang yang berada didepan kita dengan tulus dan ikhlas kerana itulah yang
terbaik untuk kita.


16 April 09, 4.15am [mNhN]